Pages

Saturday, August 20

Tanda-tanda sebelum mati

As-salam ..

Tadi tengok TV1, cerita "100 Hari" ..
Mengenai cerita tanda sebelum kematian ..
100 hari sebelum, 40 hari sebelum, 3 hari sebelum dan sehari sebelum kematian menjemput orang-orang Islam ..

Lakonan hebat Zulhuzaimy .. cerita ni pasal 2 orang yg berbeza .. seorang mengejar dunia, seorang mengejar akhirat ..

Jom scroll down .. Kita lihat tanda-tanda sebelum kematian ..


"100 Hari Sebelum Kematian"

  1. Tanda pertama yang Allah swt beri kpd hambanya & hanya disedari oleh mereka yg dikehendakiNya
  2. Tanda ini berlaku lazimnya selepas waktu Asar
  3. Seluruh tubuh dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran seperti menggigil
  4. Tanda ini akan hilang apabila kita menyedarinya dan terdetik di hati bahawa ini mungkin tanda-tanda kematian
  5. Bagi yg sedar tentang ini, ini adalah peluang untuk meyiapkan diri dgn urusan dan bekalan yg diperlukan semasa di alam yg satu lagi nanti


"40 Hari Sebelum Kematian"

  1. Tanda ini juga berlaku selepas waktu Asar
  2. Bahagian pusat kita akan terasa seperti berdenyut-denyut
  3. Pada masa ini, daun yg tertulis nama kita akan gugur dari pokok yg letaknya di Arash Allah swt
  4. Ketika ini, malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan membuat persediaannya ke atas kita. Antaranya mengikuti kita sepanjang masa.
  5. Adakalanya malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu, dan jika ini terjadi, mereka yg terpilih ini akan merasa bingung seketika.

"7 Hari Sebelum Kematian"

  1. Tanda ini hanya diberikan kpd orang yg diuji dgn musibah kesakitan di mana org yg sakit yg tidak makan secara tiba-tiba mereka berselera utk makan.

"3 Hari Sebelum Kematian"

  1. Terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kiri dan dahi kanan.
  2. Jika terasa sebegini, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis.
  3. Ketika ini, mata hitam kita tidak akan bersinar lagi.
  4. Bagi org yg sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
  5. Telinganya akan layu, bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
  6. Telapak kakinya yg terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

"1 Hari Sebelum Kematian"

  1. Sesudah Asar, kita akan merasa satu denyutan di bahagian belakang kawasan ubun-ubun.
  2. Ini  menandakan kita tidak akan sempat bertemu dengan waktu Asar keesokan harinya.

"Tanda Akhir Sebelum Kematian"

  1. Merasa sejuk di bahagian pusat, turun ke pinggang dan akan naik ke halkum.
  2. Ketika ini, hendaklah kita terus mengucapkan 2 Kalimah Syahadat dan berdiam diri menanti kedatangan malaikat maut utk menjemput kita kembali ke sisi Allah swt

Aduhai .. seram sejuk pulak rasa ..
Sesungguhnya, mati itu pasti ...
Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah swt .. 
Jika kita mati sekalipun, semoga kita mati dalam keadaan orang2 yg bertakwa .. Amin

No comments: