Pages

Monday, August 6

Bisa sang Lidah


Assalammualaikum..

Hai.. Saya kembali menulis.. Lately ni terlalu banyak perkara yg terbuku di hati, makin lama makin memberat.. Disini tempat meluah segala.. Selain luahanku pada Yang Esa ketika dahi menyentuh sejadah..

Lidah..
Umum tahu apa itu lidah.. Kata mereka lidah itu lebih tajam dari mata pedang.. Gunakan lidahmu sebaiknya, sebetulnya dia..

*pause*

"Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan"

Orang yang bercakap tanpa berfikir.. Fikir tentang perasaan dan keadaan orang lain.. Mungkin orang itu juga berkorban sepertimana anda berkorban untuk sesuatu.. Pengorbanan yang tidak pernah kamu tahu.. Jagalah lidahmu, jagalah percakapanmu.. Sekurang-kurangnya, kamu boleh mengelak dari wujudnya perselisihan antara kamu dan dia..

*pause*

"Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan"

Orang yang apabila bercakap tiada hati dan perasaan, tiada hati perut... Kata-kata yang dihamburkan berupa makian, cercaan, hinaan.. Umpana kamulah yang paling mulia di dunia ini sedangkan si dia itu adalah sehina-hina seorang hamba.. Kejamnya kata-kata kamu boleh menghancurkan kehidupan si dia..

*pause*

"Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan"

Disini, ketika inilah gunanya kamu di sisi dia.. Ketika inilah, lidahmu digunakan dengan sebaiknya.. Bukankah kata-kata yang baik itu dituntut dalam agama kita? Ucapkanlah kata-kata yang mampu meredakan segala ketegangan antara kamu dan dia, kata maaf umpamanya.. Orang yg pertama meminta maaf tidak semestinya dia yang bersalah.. Cuma pada asalnya, dia lebih mudah beralah..

*pause*

"Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati "

Dan disini, gunanya lidahmu sebagai orang tersayang disamping dirinya.. Ketika luka hatinya kerana kamu, ketika menitis airmatanya kerana kamu, hanya dengan kata-kata yang penuh cinta dari kamu, seikhlas hati kamu, sejujur diri kamu, mampu menyembuhkan kelukaan hati itu.. Dan jika kamu benar mengikhlaskan kata-kata itu hanya kerana si dia benar-benar cinta hati kamu, insyaAllah dengan izinNya, pasti sembuh segala luka..

Walaupun ia akan meninggalkan parut...

*pause*

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW,
"Manusia disembamkan mukanya ke neraka hanya kerana lidah mereka"

Jangan bercakap jika ianya hanya mengguris hati, dan jika ianya terjadi maka ucaplah,
"Maafkan saya... atas keterlanjuran kata-kata saya.."
Kerana sesungguhnya meminta maaf itu adalah perkara yang dituntut dalam agama, menjadi seorang pemaaf juga dituntut dalam agama.

Jagalah lidahmu sepertimana kamu menjaga dirimu.

.irdhahakim.
.6ogos2012.
.1135pm.

Thursday, August 2

Rapuh

Assalammualaikum..

Hai semua.. Lama sangat-sangat tak update blog.. Bersawang penuh..
Tiba-tiba malam ni terpanggil untuk kembali menulis..
Semua gara-gara lagu Rapuh oleh Opick..
Dan aku bukanlah dikategorikan sebagai wanita yg paling baik, wanita yg solehah.. Aku juga pernah dan masih khilaf dalam perbuatanku, percakapanku..
Cuma lagu ini.. Lagu yang menyentuh hati wanitaku..

*pause*

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Aku selalu kata bahawa yg berlalu biarkan berlalu.. Masa takkan dapat diputar kembali untuk membetulkan masa lalu aku.. Jalan-jalan gelap yg aku lalui, suka duka kehidupan.. Menangis, ketawa, semuanya..
Tak pernah sedetik pun terfikir betapa ruginya aku sepanjang hidup di dunia. Kenapa rugi? Rugi pada benda yg hanya sia-sia pada pandangan dan penglihatan Allah SWT..

Betapa jahilnya aku.. Betapa banyaknya dosa-dosa aku..
Astaghfirullah al azim.. Astaghfirullah al azim.. Astaghfirullah al azim...

*pause*

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Ketika aku sedar segala kesalahan dan kesilapan aku, kekhilafan aku, di kala itu terasa betapa hinanya diri ini di sisi Allah SWT.. Jiwa yang selama ini penuh dgn dosa-dosa tapi kosong dgn rahmat dariNya, betapa lelahnya rasa.. Menangis, mengalir airmata.. Dalam lelah itu, aku tunduk sujud kepadaMu.. Berharap agar janganlah Kau palingkan kasih-sayangMu dari diriku...

*pause*

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Dan ketika aku tidak pernah setia kepadaMu kerana sibuk memikirkan kesetiaanku kepada seorang insan bernama LELAKI, dengan kasih-sayangMU, Kau turunkan ujian dan dugaan kepadaku..

Subhanallah.. Maha suci Allah..

Rapuh seketika langkahku, lemah-longlai lututku, buntu fikiranku dengan segala yang berlaku.. Terasa seperti segala usahaku dipandang enteng.. Sia-sia semuanya..
Terus aku sujud padaMu.. Malu, sungguh aku malu denganMu.. Kerana memikirkan kesempurnaan cinta untuk seorang manusia, tiada langsung kesempurnaan cinta untukMu..

Astaghfirullah al azim...

*pause*

Kini, hari ini, malam ini, pada ketika aku menulis kata-kata ini, aku sedar betapa besar rahmat dari Illahi untuk seorang hambaNya yang sungguh tak setia, tak sempurna mencintaiNya..
Dan, ketika ini, aku berterima kasih kepadaNya..

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah SWT..


Dalam langkahku menjalani hari-hari terakhir hidupku, aku amat berharap sinar kebahagiaan itu ada menantiku di mana-mana penghujung jalanku.. Dengan izinMu wahai Ya Rahman dan Ya Rahim, izinkan untuk aku terus mencintai LELAKI yang bakal bergelar suamiku, walau nanti suatu hari perpisahan (kematian) itu tetap akan berlaku, selagi cinta itu tidak melebihi cintaku kepadaMu..

Amin ya rabbal 'alamin..

.irdhahakim.
.jumaat 3ogos2012.
.0212am.

Monday, January 30

I'm Back!

Assalammualaikum!


Hai kawan2 semua.. lame giler tak update blog.. giler lame! takde mase? haishhh takde la takde masa sgt.. malas je yg lebih adoi.. hehe lgpun busy dgn keje n a few stuffs.. So lately ni kepala otak serabut.. Preparation utk majlis itu ini.. Keadaan duit dan sebagainye.. 

Now tgh survey2 design baju.. And colour baju as well.. Pening nak pakai kaler n design camne.. Sape blh tolong? Hehehe..

Keje kat sekolah pun banyak.. Maklumla awal2 tahun persekolahan ni agak busy ckit.. Skrg ni tgh sort down my life a bit.. Have to settle all the work one by one.. Kalau tak mampos aku!

Rindu dia!!!!!!!!!!! Bulan 3 will be together for a simple ceremony.. Waiting for you to be here!


Takde idea la nak update.. Nanti ade idea update lg k.. Okbaiiiiiiii