Assalammualaikum..
Hai.. Saya kembali menulis.. Lately ni terlalu banyak perkara yg terbuku di hati, makin lama makin memberat.. Disini tempat meluah segala.. Selain luahanku pada Yang Esa ketika dahi menyentuh sejadah..
Lidah..
Umum tahu apa itu lidah.. Kata mereka lidah itu lebih tajam dari mata pedang.. Gunakan lidahmu sebaiknya, sebetulnya dia..
Lidah..
Umum tahu apa itu lidah.. Kata mereka lidah itu lebih tajam dari mata pedang.. Gunakan lidahmu sebaiknya, sebetulnya dia..
*pause*
"Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan"
Orang yang bercakap tanpa berfikir.. Fikir tentang perasaan dan keadaan orang lain.. Mungkin orang itu juga berkorban sepertimana anda berkorban untuk sesuatu.. Pengorbanan yang tidak pernah kamu tahu.. Jagalah lidahmu, jagalah percakapanmu.. Sekurang-kurangnya, kamu boleh mengelak dari wujudnya perselisihan antara kamu dan dia..
*pause*
"Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan"
Orang yang apabila bercakap tiada hati dan perasaan, tiada hati perut... Kata-kata yang dihamburkan berupa makian, cercaan, hinaan.. Umpana kamulah yang paling mulia di dunia ini sedangkan si dia itu adalah sehina-hina seorang hamba.. Kejamnya kata-kata kamu boleh menghancurkan kehidupan si dia..
*pause*
"Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan"
Disini, ketika inilah gunanya kamu di sisi dia.. Ketika inilah, lidahmu digunakan dengan sebaiknya.. Bukankah kata-kata yang baik itu dituntut dalam agama kita? Ucapkanlah kata-kata yang mampu meredakan segala ketegangan antara kamu dan dia, kata maaf umpamanya.. Orang yg pertama meminta maaf tidak semestinya dia yang bersalah.. Cuma pada asalnya, dia lebih mudah beralah..
*pause*
"Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati "
"Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati "
Dan disini, gunanya lidahmu sebagai orang tersayang disamping dirinya.. Ketika luka hatinya kerana kamu, ketika menitis airmatanya kerana kamu, hanya dengan kata-kata yang penuh cinta dari kamu, seikhlas hati kamu, sejujur diri kamu, mampu menyembuhkan kelukaan hati itu.. Dan jika kamu benar mengikhlaskan kata-kata itu hanya kerana si dia benar-benar cinta hati kamu, insyaAllah dengan izinNya, pasti sembuh segala luka..
Walaupun ia akan meninggalkan parut...
*pause*
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW,
"Manusia disembamkan mukanya ke neraka hanya kerana lidah mereka"
Jangan bercakap jika ianya hanya mengguris hati, dan jika ianya terjadi maka ucaplah,
Jangan bercakap jika ianya hanya mengguris hati, dan jika ianya terjadi maka ucaplah,
"Maafkan saya... atas keterlanjuran kata-kata saya.."
Kerana sesungguhnya meminta maaf itu adalah perkara yang dituntut dalam agama, menjadi seorang pemaaf juga dituntut dalam agama.
Jagalah lidahmu sepertimana kamu menjaga dirimu.
Jagalah lidahmu sepertimana kamu menjaga dirimu.
.irdhahakim.
.6ogos2012.
.1135pm.
1 comment:
seriously betul ape awk ckp tu dear..kata2 lg tajam dr pedang...:)
Post a Comment