Lama sungguh tak menulis. Minat itu ditelan kesibukan kerjaya dan rumahtangga. Ahh jika dikira, segala kesibukan itu takkan pernah habis. Hanya jika nafas kita tiada, baru kesibukan itu lenyap ditelan tanah bersama jasad. Allahuakbar.. Semoga aku bisa menerima kemaafan dari Tuhan atas segala dosa-dosa sebelum aku menutup mata. Mohon ambil nyawaku bila semua dosaku telah Kau hapuskan, dan anak-anakku cukup, cukup, cukup bersedia untuk menerima kepergian Mama mereka.
Dalam minda dan hati ini sepertinya terlalu banyak ingin diluahkan. Rasa rindu itu. Rasa sakitnya hati itu. Rasa marah itu. Ahhh banyaknya rasa.
Sejujurnya, dalam umur begini yang sudah punya anak tiga, aku masih rindukan seseorang yang ku panggil 'Abah'.. Mungkin, pengalaman hidup yang kita lalui sekarang menjadi punca kenapa rasa rindu itu ada dan semakin ada.
Seingat aku, ketika kecil, aku kesayangan Abah. Setiap kali periksa nombor satu, mengungguli setiap hadiah matapelajaran terbaik semasa sekolah rendah, setiap kali itulah akan ada jamuan untuk aku. KFC seringkalinya. Masa itu, KFC lah yang paling sedap.
Meningkat remaja, aku mula jauh dari Abah. Seringkali memberontak. Lain dari abang-abangku yang tiga. Ahh jika dicerita, sepuluh malam tak habis! Ketika di sekolah menengah punca aku menjadi lupa dan alpa dengan pelajaran.. Sehingga tidak mampu aku tunaikan hajat Abah untuk melihat aku menjadi seorang Doktor, hanya mampu menjadi seorang Guru.
Abah, kalau masih ada, pastilah dia yang paling memahami setiap sedihku. Walau tak pernah aku luah dengan kata-kata. Seringkali tangan kukucup sebelum aku pulang ke sisi suami, seringkali itulah nasihatnya bagai mengena jalan hidupku.
Menelusuri hari-hari terakhir Abah, dapat aku lihat Abah mengalirkan air mata ketika aku mengambil-alih menjaganya di rumah sakit. Sepertinya mengerti bahawa kepergiannya nanti, bolehkah lelaki lain menjaga dan membahagiakan satu-satunya anak perempuan ini, sepertimana dia.
Tiada. Mungkin anakmu ini biasa berdikari. Luaran yang nyatanya nampak kuat..
Semoga Abah tenang di sana. Dekda baik-baik saja.
Al-Fatihah...
Dalam kenangan.
Hakim bin Hassan @ Abu Hassan
23 Mei 1942 hingga 09 September 2016
.irdhahakim.
.22nov2017.
.1137.
No comments:
Post a Comment